Friday, May 10, 2013
|
Assalamualaikum kepada semua pembaca :)
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana akhirnya, aku telah berjaya menamatkan pengajian dalam program diploma kejuruteraan kimia di UiTM.
Aku juga bersyukur, sepanjang pengajian aku, aku sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap semester dan melayakkan aku untuk mendapat ANC (VICE CHANCELLOR AWARD), berkat usaha bersama rakan-rakan serta doa kedua ibubapa aku dan rezeki yang diberikan olehNya.
|
Happiness when shared, is doubled :D |
Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu aku menamatkan pengajian aku ini, kepada ibubapa ku, terima kasih di atas doa dan dorongan dan banyak lagi perkara yang tidak akan pernah dapat ku balas, terima kasih untuk semua! kepada pensyarah pensyarah, terima kasih di atas ilmu ilmu yang telah diberikan, kepada kawan kawan, terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku!
Kepada si jantung hati, Siti Sarah binti Azmi, thank you for coming into my life and giving me joy, for the memories, for everything !
am currently missing you so much, can't wait for us to meet again in Shah Alam, in sha Allah.
Itu je untuk post kali ini, until next time,
Assalamualaikum.