• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Follow
  • sekolah rendah

    Wednesday, December 22, 2010
    lately ak sering terkenang kisah lepas dan kebanyakkan dia ak terkenangkan kenangan ak waktu sekolah rendah
    honestly,kenangan ak waktu darjah 2-4 ak x ingat sangat,tapi waktu darjah 1 tu,ak still ingat,ak x datang sekolah untuk setengah tahun disebabkan sakit,dan ak still ingat guru kelas ak pada tahun tu,iaitu cikgu halimah,emak kepada ain adila.

    ingatan ak untuk darjah 2-4 pula samar samar,tapi ak masih ingat,ak pernah berkawan baik dengan asyraf,tapi lepas darjah 3,dia pindah ke kelantan,dan dah memang kteorg ada jodoh untuk bertemu balik kot,last last kteorg bertemu balik kat UiTM Dungun,masing masing ambil course yang sama,cuma lain kelas je :)

    darjah 5 pula,mula mula ak masuk kelas wira,tapi sebab result down,kena turun 5 satria.haha.dalam kelas 5 satria ni,ak bekacip dengan satu kumpulan ni,yang terdiri daripada nazrol affendi,iqbal fauzi,firdaus,hisyamudin dan tengku asyraf.memang best berkawan dengan diorg,lagi lagi rumah kteorg dekat je waktu tu,jadi selalu jgk ada kwn kwn yg datang rumah untuk main game ke apa.dan as usual,lepas exam akhir tahun,mesti ada streaming kelas kan?dan oleh kerana ingin mendapat habuan daripada abah ak,iaitu gameboy sp,ak pun jwbla exam betul betul untuk naik kelas,last last darjah 6 ak dapat jgk naik kelas,ke kelas wira balik xD

    so pada darjah 6,ak dapat tawaran untuk jadi pengawas sekolah.woah *bangga.haha,dan ak terima.ak pasti semua orang xkan lupa kan siapa guru pengawas kita?kalau bukan cikgu tengku rozita yang garang cun gila tu xD . haha .kat kelas 6 wira ni ak x rapat sangat dengan sape2,i mean,xde lah rapat dengan uyuun semua tu lagi waktu ni,cuma dalam kelas tu,ak duduk di sebelah rosnabila dan di belakang azfar,so ak rapat dengan diorg.ak masih ingat cikgu-cikgu yang mengajar ak pada tahun tu,cikgu norlizam,cikgu tengku rozita,teacher omana dan ustazah x igt nama.cikgu yang paling ak takut,mestila cikgu tengku :( woo,zaman dulu,siapa yang x takut dengan cikgu tengku??memang langsi gila la orang tu.haha.cikgu tengku memang menakutkan,ada masa dia bergurau,tapi most of the time,dia strict dengna students dia,banyangkanla,ak nak cari buku sains dalam bag,baru je geledah bahagian depan tapi x jumpa,lutut ak dah menggeletar(sebab takut lupa bawa),padahal ada je buku tu kat bahagian belakang,haa,macam tu la penangan cikgu tengku rozita,x percaya?uyuun ke balkis ke siapa siapa yang baca entry ni,korang bagitahu sikit,betul ke x betul ak ckp ni.haha

    then ak dan classmates pun spent our 2004 berada dalam kelas 6 wira,macam macam juga aktiviti tahun tu despite kteorg akan menduduki UPSR,dan ak ada jgk la pergi lawatan lawatan tu.so it came,yes,UPSR,and suprisingly,the whole class 6 wira got straight As tahun tu,woo,hebat kan kteorg?haha xD ak ingat lagi waktu diorg panggil nama yang dapat 5A tu,nama ak first kot,fuh,mak ak ada kat depan,ak pergi peluk dia,dan mak shazri pun peluk ak,pastu ak pergi atas amek result,happy gila waktu tu!dan ak happy,kteorg satu kelas dapat 5A tahun tu,memang legend la,ada lagi sijil anugerah tampal kat bangunan sekolah.huhu

    then we all got seperated,and jarang dah contact,yela,everyone got caught up with their own life kan.tapi yang still besama ak sampai habis high school,aida,balkis,uyuun,alyna,izuara,maisarah,wan aisyah.ada lagi tapi yang lain tu kelas lain,bukan aktif.well even kteorg dah seperated,tapi lepas SPM aritu,jasa fb,kteorg jumpa balik kat fb tu,and dah mula contact balik.memang happy betul la,dapat jumpa balik dengan rakan rakan lama.seronok.harap lepas ni boleh buat reunion lagi ye,haritu ak x dpt join,rugi sangat!:(
    ak rasa thats all,sedikit mengenai zaman sekolah rendah ak
    xD


    p.s-teringat dekat abdullah faiz waktu dia nyanyi lagu season in the sun waktu majlis perpisahan :(

    cool software!

    Tuesday, December 21, 2010
    yesterday i was searching for some applications and came across a software that is use for solving all kind of math problems,precalculus,calculus,trigonometry,algebra,algebra 2 etc.
    apa yang buat ak tertarik sangat dengan software ni is bukan sahaja dia boleh selesaikan apa jua masalah matematik yang kita type,tapi dia juga akan tunjukkan step by step untuk dapatkan jawapan terakhir,juga disertakan dengan explaination!x percaya?jom tengokk contoh yang ak dah buat.differentiate.





    hebat kan?ini contoh untuk calculus 1,yang akan ak belajar pada sem 2 akan datang xD
    coolllllllllll


    p.s - ak hentam je type soalan tu,just untuk contoh

    kolej

    Monday, December 20, 2010
    my new room for sem 2

     

    roommates baru ak : reza dan lan,lagi sorang masih x tahu lagi siapa
    so reza,dulu kau sebilik dengan syahmi waktu kat MTD,
    sekarang dengan ak pula,memang dah jodoh kau sebilik dengan budak panglima perang kot.haha
    and lan,dah sebilik dengan kau ni,kau kenalkan ak dengan nisa eyh?HAHA xD

    aturan bilik untuk sem 2 dan akan datang memang best,sebab dia dah kelompokkan bilik bilik mengikut course
    jadi ak punya level,semuanya budak kimia part 2,woot,seronok! xD
    haa,can't wait for sem 2 to start,pleaseee go easy on me!

    merepekk

    okay,malam ni ak nak merepek,korang dengar eyhhh
    korang tahu x,waktu degree nanti,kami students chemical engineering boleh pilih major seperti berikut
    • BEng (Hons) Chemical
    • BEng (Hons) Chemical & Process
    • BEng (Hons) Chemical & Bioprocess
    • BEng (Hons) Oil & Gas
    ak pernah cakap pasal salah satu dari cita cita ak kan?
    nak kerja offshore,with one of the top Oil and Gas company
     so now let us focus on two majors
    BEng Chemical(pure chemical) and BEng Oil & Gas(O&G)
    BEng ni more general la,dia boleh pergi semua,O&G pun boleh
    also dia mcm mechanical but more on termofluid berbanding structure
    while BEng O&G ni is specific for petroleum industry 
    therefore almost guarantee my career in O&G

    okay,dah baca?sekarang,apa yang ak nak merepek ni is about choices yang ak ada
    BEng Chemical atau BEng Oil&Gas(O&G/Petroleum),yang lain ak xnak
    yes some of my friends said it is too earlier to think about which path to be pursue in our degree
    tapi bagi ak,no it's not,bagi ak,bila dah ada matlamat,dah ada hala tuju,baru ak boleh kejar benda tu
    err,x faham?xpela.haha
    lagipun,lepas sem 3 nanti,kteorg boleh apply untuk buat fast track
    di mana,kteorg terus akan jump dari diploma kepada degree,dan of course,xde sijil diploma la
    tapi untuk students chemical engineering(eh110)
    major yang dibuka untuk fast track hanyalah BEng Chemical,BEng Chemical(Process) dan BEng Chemical(BioProcess)
    keep in mind that kalau nak amek O&G,kena habiskan diploma,xde cabang fast track untuk ia


    jadi kalau ak dah buat choices,between pure chemical atau O&G,ak dah tahu mana arah tuju ak,fast track atau habiskan diploma
    ni dah habis sem 1,sem 3 nnt kena pilih,so is it too early to make choices?hell no
    haha
    maybe it's just me..but..yeahh..ak selalu fikir about my future,about my dreams and what i'm going to be
    yes,i really do take my future seriously,
    and there is nothing wrong with that,bknnya na 'semangat lebih' ke apa
    just,i know how important is it
    sebab ak tahu,'bukan senang nak hidup'
    i want to be the best among the best
    cita cita terbesar ak is ak nak tinggalkan parut kat dunia ni
    so even lepas ak dah mati,orang still akan ingat ak
    dan ak kalau boleh,nak la bagi orang orang yg ak syg nnt hidup,erm,above average sikit,
    maksud ak,boleh la na mewah mewah sikit
    haha

    btw,about my choices,alhamdulillah,ak dah ada jawapan
    tapi lain kali la ak merepek pasal tu
    ak dah ngantuk sangat sangat dah ni
    haha
    goodnight!


    p.s -qayyum,ak rindu kau la,rindu time dulu study,ada rival,kat uitm ni study amat amat la bosan

    update!

    Saturday, December 18, 2010
    waa,seronok tengok cousin ak dah habis spm.
    teringat balik dulu,lepas spm,lepas jawab paper akhir,rasa bebas je(konon)!
    then x sampai 10 minit,ak pun fikir "huh,zaman sekolah ak dah habis,macam ni je?then,what next ? "
    huhu
    but seriously,cuti lama tu agak bosan,sebab duduk terperap je dalam rumah
    so macam macam la perkara ak buat

    salah satunya,cam whoring
    haha
    and
    ini salah satu gambar ak buat muka koya comel dalam bilik sendiri
     yg lain x boleh tunjuk sebab terlampau extremely syok sendiri
    haha


    next yang ak buat,apa lagi,online gaming la!waktu tu baru mula mula terjebak dengan facebook
    so banyak game yang ak pernah main
    mafia wars,cafe world,fishville,happy island dan lain lain
    tapi ak paling addicted dengan mafia wars
    sampai ak buat nak dekat 10 accounts untuk botting
    then ak jual harta-harta virtual ak dalam mafia wars untuk duit betul = RM
    dapat la nak dekat RM 700 semuanya
    haha xD


    lagi,lagi,x lengkap rasanya hidup ak kalau x baca komik
    haha!
    so waktu cuti lepas spm tu la ak ambil peluang untuk baca macam macam komik
    and habiskan macam macam komik yg ak suka
    ak baca secara online
    kadang kadang,ak boleh habiskan satu komik dalam satu hari,contoh macam komik mx0
    ak habiskan baca semua dalam satu hari je
    haha xD
    nampak sangat bosan waktu tu!


    aktiviti seterusnya..err,tido makan guling guling kot
    haha
    thats all lah yg selalunya ak wt
    yang lain tu mostly jarang,macam keluar dgn kawan,tolong umi kemas rumah
    xD


    lastly,best of luck to my cousin,lepas ni pandai pandai la kau kejar cita cita kau
    ingat,kau tu anak sulung,kena set kan example yang elok untuk adik adik kau
    aku tahu kau boleh
    kalau kau need help or consult,ak boleh tolong yang terdaya
    you know i'm always there for you right?
    even nak ajar kau add math ak sanggup guna DOODLE kat YM tu,penat tahu x!
    haha
    and good luck for your result too
    x kira apa pun result kau,ak nak kau tahu,i'm always proud of you,cousin! :)

    >.<||

    menanti hari hari dengan penuh harapan

    Kenapa Aku Sering Diuji/Ditimpa Masalah?

    Wednesday, December 15, 2010
    JAWAPAN UNTUK DIRI KITA


    KENAPA AKU DIUJI ?
    Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
    Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


    KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
    Surah Al-Baqarah, ayat 216
    Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.


    KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
    Surah Al-Baqarah, ayat 286
    Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


    RASA KECEWA?
    Surah Al-Imran, ayat 139
    Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman.


    BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
    Surah Al-Imran, ayat 200
    Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
    Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.


    APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
    Surah At-Taubah, ayat 111
    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.

    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
    Surah At-Taubah, ayat 129
    Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.


    AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
    Surah Yusuf, ayat 37
    Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. 

    new sem :)

    Tuesday, December 14, 2010
    mood:goodbye sem 1,welcome sem 2,please go easy on me ! xD

    tadi pusing pusing bandar dengan family dari kol 11 sampai kol 12 lebih
    then log in fb,check chemical group punya chat history nampak ni
    (yang ak cakap tata tu sebelum ak log out untuk kuar dgn family)

    ak : tata!
    :)
    syakir : sweat dream
    haha
    aek
    awek ak pon out gk ke?
    aini : knape rmai ngat out??
    huhu
    atikah : sbb fawas dah out
    aini : lorh
    atikah : tiap2 mlm camtu la
    aini : baru ku tau..haha

    haha!korang ni memang sengal kan malam ni?dengan perbincangan pasal alvis kong la,teka teki la,macam macam.haha.full of LOL and  fun :D
    okay,time to sleep,x sabar nak breakfast esok!haha
    and
    tomorrow maybe no blog post,x boleh online sangat esok
    goodnight! :)

    complicated

    Monday, December 13, 2010
    ak x suka benda complicated
    ak suka benda yg simple je
    yeke?
    erm,x :(
    honestly,ak suka dealing dengan things yg complicated
    things yang susah
    benda ni buat darah ak mendidih,buat ak jadi excited gila2
    bila ak berhadapan dengan benda yg lagi complicated or lagi susah,ak jadi lagi2 excited
    contoh simple,exam,bila dah tw soalan susah,ak ckp dekat orang lain,takut,risau,but in fact,ak gila2 excited nak jawab soalan yg kononnya susah tu!
    dan lagi la bila buka soalan,tgk2 memang susah gila!xtw kenapa,tapi ak x takut,x cuak,cuma ak jadi lagi excited adalah
    i like to think and i love to make deductions
    dulu ak selalu main online detective deductions
    kadang kadang bila ak fikir something tapi x dapat,ak tukar,ak fikir secara terbalik pulak
    but there is something yg dah happened,yg buat ak memberontak and set kat kepala ak
    ak x suka things yg complicated
    complicated nye akk?!


    btw,alhamdulillah,parents kepada kedua dua kawan ak,uyuun dan hafizie syahman dah selamat pulang setelah menjadi tetamu Allah.uyuun mesti happy kan sebab dah lama x jumpa parents,dah la lama,jauh pulak tu!huhu,i'm happy for you!

    goodnight!



    -I like a teacher who gives you something to take home to think about besides homework-

    brave heart

    Sunday, December 12, 2010
    Nigetari akirameru koto wa daremo
    Isshun areba dekiru kara arukitsuzukeyou

    Kimi ni shika dekinai koto ga aru aoi hoshi ni
    Hikari ga nakusenu you ni

    Tsukame! egaita yume wo
    Mamore! daiji na tomo wo
    Takumashii jibun ni nareru sa
    Shiranai pawaa ga yadoru haato ni hi ga tsuitara
    Donna negai mo uso ja nai
    Kitto kanau kara...show me your brave heart

    Hare no hi bakari ja nai kara tama ni
    Tsumetai ame mo furu keredo kasa hirogeyou

    Ikikata ni chizu nanka nai kedo dakara jiyuu
    Doko e datte yukeru, kimi mo

    Hashire! kaze yori hayaku
    Mezase! sora yori tooku
    Atarashii jibun ni aeru sa
    Shiranai yuuki ga nemuru haato ni ki ga tsuitara
    Mune no naka no doshaburi mo
    Kitto yamu kara...show me your brave heart

    Tsukame! mabushii asu wo
    Mamore! ai suru hito wo
    Takumashii jibun ni nareru sa
    Kowase! yowaki na kimi wo
    Kuzuse! butsukaru kabe wo
    Atsui kodou buki ni naru kara
    Believe in your heart

    i wish you enough

    I wish you enough sun to keep your attitude bright.
    I wish you enough rain to appreciate the sun more.
    I wish you enough happiness to keep your spirit alive.
    I wish you enough pain so that the smallest joys in life appear much bigger.
    I wish you enough gain to satisfy your wanting.
    I wish you enough loss to appreciate all that you possess.
    I wish you enough "Hellos" to get you through the final "Goodbye".




    I WISH YOU ENOUGH


    decision making?it can change your life forever

    *yawn*
    as usual,what a boring night!lagi lagi sebab x ramai budak fakulti yang on9 jadi x dapat lah nak gila gila
    haha
    selalunya bila malam je,kiteorg memang chatting ramai ramai dekat group's chat,tapi malam ni,alya anuar je ada layan ak,yg lain semua xnak lyn ak,waah,kau mmg terbaik alya!haha! xD

    tonight i wanna share something,hurm,tadi kwn ak,sama course,tapi lain kelas,tanya ak
    logik x kalau ak quit kimia?
    i was like, " huh ? "
    jadi berlakula perbualan di bwh

    ak:serious ke kau na quit?
    dia:erm,x sure lagi
    ak:apa options yg kau ada?
    quit pastu kahwin?
    dia:haha
    xnak ckp lg..
    but i have another plan...
    ak:ouh,then kau buat la apa kau nak
    suka hati kau,jgn kisah apa org ckp
    ak dulu pun ramai pertikai kenapa ambil diploma
    dia:betul3
    ak:yang penting,kau tahu kau lepas peluang bkn sbb kau bodoh,tapi sebab itu yang terbaik..
    so kau pilih la apa kau nak
    biarla diorg
    sebab nanti kau jugak yang hadap
    dia:ahhh,kau mmg terbaikkkkkkkkkkkk la!!!
    nah untuk kau <3
    ak:haha!


    that's all!hmm,ak harap kau fikir baik-baik and go for what you want!ak cuma xnak 1 day bila kau dah tua,you look back at the past and think 'damn,i should have done that!'
    sooo,best of luck to you!kalau ada jodoh,kita jumpa balik sem 2 nanti,insyaAllah!:D





    -I Believe....-
    -That you can keep going long after you think you can't.
    -

    repeat?

    Friday, December 10, 2010
    ak baru dapat tahu,agak ramai juga kawan -kawan ak yang kena repeat subjects.hmm.rasa sedih pun ada untuk diorg,tapi walau macam mana pun,never give up!insyaAllah korang boleh buat yang terbaik sem depan untuk tebus balik.good luck!!

    p.s 
    aku x suka dengan istilah failed subject.ak rasa,bila kita putus asa,give up,baru la kita failed kan?tapi kalau kita tetap x putus asa,kita bangun balik,itu bukan failed!



    -semua manusia sama je,cuma yang membezakan kita adalah jarak yang kita dah lalui/tempuhi-

    teka-teki

    aktiviti ak sepanjang hari ini cuma makan,tidur dan online,memang membosankan,but!i'm glad tonight group chemical engineering kat facebook lagi meriah dari biasa.it seems all 3 classes have go along very well.haha.btw,malam ni,tiba-tiba ak teringat kat satu teka-teki yg selalu ak dengar waktu kecil-kecil dulu.haha.xtw la korang pernah dengar ke x.tapi cuba korang selesaikan.teka-teki dia mcm ni.

    benda apa yang besar sikit je dari tikus?

    haha.dapat jawap x?! xD

    jawapan dia,sila highlight di bawah

    lubang tikus!haha xD



    -GOD heals everything-

    x boleh bla

    Thursday, December 9, 2010
    woot!bila dah start menulis blog,memang x boleh nak berhenti kan?haha xD
    by the way,malam ni agak membosankan,jadi ak decide untuk lurking around my bookmarked pages and one of them is Wani Ardy's tumblr.waktu ak buka,ak ternampak ada satu photoquote yang dia baru masukkan dan itu adalah satu puisi.kalau sebelum ni,bila ak jumpa dengan puisi dalam BM,mesti ak akan fikir like " ahh,malas la baca,bosan la" atau something like that,tapi kali ni,ak xde pun berfikir macam tu,in fact,ak terus baca puisi tu dengan penuh minat!hahaha! xD see,how much i admire Wani Ardy's writing!but sometimes,photoquote yang dia letak diambil dari orang lain,macam puisi ni,but she still gives credit for them and won't claim that as her own work.

    Kawan,
    ketahuilah biar kita memudar dan menua,
    biar berrenggang timur, barat, utara dan selatan,
    biar bayu Tuhan meniup kapal hidup kita entah ke mana-
    bila ku tidak memandang,
    aku dalam rahsia merenungmu.
    Berdoa agar Tuhan menjagamu lebih dari Dia menjagaku
    dan meminjamkanmu lebih dari yang dipinjamkan padaku,
    kerana sesungguhnya di mata aku
    kau selengkap-lengkap manusia,
    kau selayak-layak pencinta,
    kau sebaik-baik kawan,
    kau seindah-indah perempuan.

     petikan puisi - bila kau tidak memandang

    it is meaningful kan?xD hahaha!

     

    p.s-saje nak cuba font warna orange,dah bosan dengan default colour.haha.

    plan

    plan hari ini : pukul 2.55 tengok wayang movie narnia 3 dengan hazwan,balkis and alya zb,then pergi la hangout mana2

    yang sebenarnya terjadi : lewat pukul 6 baru keluar,hangout dengan balkis and hazwan dekat kedai im(DARWISH KITCHEN).hazwan makan nasi ayam,ak dengan balkis makan mee kari.not bad la im!haha

    sooooo,yeah,kita merancang,Allah menentukan xD

    since today is my birthday,i received lot of birthday's wishes from my friends.ada jgk yang ak sangka dah lupa pada aku,call ak untuk wish,waaaa,kepada semua yang wish tu,ak betul2 ucapkan terima kasih!lagi-lagi pada amira,dia paling awal kot,dalam kol 12.03 a.m,dia dah wish,tapi ak dulu,lupa birthday dia,sorry mira!i've been such a bad friend.huhu.lepas ni ak xkan lupa dah,13 june kan! xD 

    birthday!

    today is my birthday!my 18th birthday.wah,dah 18 tahun ak hidup rupanya.selama 18 tahun ni,dah banyak perkara aku lalui,suka dan duka,dengan keluarga,kawan2,mahupun musuh(ada ke?haha xD).dan selama 18 tahun ni,dah banyak kesilapan aku buat,dan kesilapan tu la yang asah ak untuk menjadi lagi baik dari hari ke hari.alhamdulillah,sekarang ni,ak x ragui atau sesali semua yang telah ak lalui.ak harap,ak akan dapat lalui hari2 seterusnya dengan lebih matang dan gembira,sebab ak yakin,setiap manusia hanya layak untuk kegembiraan,bukan kesedihan :)

    dan terima kasih to abah dan umi,for taking good care of me since i wasn't even born,that means,since i'm in my umi's belly lagi.afiq dah banyak buat salah dengan abah dan umi,afiq minta maaf,tiap2 masa afiq cuba nak buat abah umi bangga dengan afiq,i'm trying my best.i love you abah.i love you umi.hmm,okay,time to sleep,selamat malam!

    quotes

    Wednesday, December 8, 2010
    aku suka baca quotes!kadang2 dari quotes tu,kita boleh belajar daripada pengalaman orang2 yang dah berpengalaman.haha.dan ini antara quotes yang aku suka.all credits are to Wani Ardy!she is a Muslim-Malaysian creative writer in Sydney who sings to smile and writes to breathe.i admire her a lot!


    "Kalau kau putus asa pun hidup ini tetap berjalan. Masa tetap berjalan. Pekerja tetap pergi kerja. Budak-budak tetap pergi sekolah. Yang patut mati tetap mati. Bayi tetap lahir. Kau tetap celik dari tidur. Tak ada yang berhenti kalau kau berhenti. Nak tak nak kau kena sabar, kena percaya, sebab itu saja yang kau ada, itu saja yang dapat mengubah benda."

     

     

    "Try pouring water in a glass that you’ve placed upside down. That’s how pointless it is trying to explain yourself to a person who has made up his mind."

     

     

     "The only reason some people put you down is because you’re higher than them. Sebab tinggi, barulah boleh direndahkan. ;)"

     

     

    "Kalau fikir negatif memanjang memang tak ke mana kita."

     

     

    "Masa kita dalam perut lagi Allah dah sediakan susu. Sebelum kita ada, rezeki dah ada dulu. Jadi jangan kata “takda rezeki”. Rezeki ada, cuma kita kena cari."

     

     

    "Kita selalu mahu apa yang kita sebenarnya tak perlu. Kita selalu dapat apa yang kita tak tahu kita perlu. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui."

     

    "Jangan asyik sedih. Mula-mula orang pujuk, lama-lama orang penat. Satu dunia boleh sedih kalau kita semua PILIH nak sedih. Kau pilih, kau hadap."

     

     

    "Kalau kau gastrik takdanya kau kena puasa juga. Kalau kau lumpuh takdanya kau kena solat pakai tongkat. Ini pula berkarya. Lagu/tulisan tak perlulah cetek sangat, asal dapat nama, asal dapat duit. Dan tak perlulah juga seni sangat, sampai tak cukup makan, nak orang dengar/baca tapi sepatah haram orang tak faham. Soal “murtad indie” atau “murtad mainstream” tak patut timbul dalam berkarya. Ini bukan agama. Agama yang letaknya paling tinggi pun bersederhana, kau pula lebih-lebih."

     

     

     "How stupid can you be to just stand there and shut up when she says ‘I love you’? It’s ‘I love you’, for fuck’s sake. What you should do is say ‘I love you too’. Or at least smile if you don’t exactly feel the same way. Don’t just shut up. Don’t say ‘thank you’. Hell don’t say ‘OK’ ‘cause it’s not just fucking ‘OK’. It’s not you getting a job offer or you winning a lottery; this is a breathing earthling with a heart and soul and a lifetime options of gazillions other humans to say ‘I love you’ to and she chooses you. Some people can’t even sleep at night because they’re waiting for someone to say that to them so tell me what the fuck is wrong with you."

     

     

    "Jaga solat dan Allah jaga awak."

     

     

    thats all for now!off to watch some movies.ahhh,talking about movie,im heading to ecm tomorrow to watch Narnia 3!*excited*haha.btw,i'm missing my paramount.a lot.can i see your face,for like,just 10 seconds will do,please?haha xD.

    cuti!

    Saturday, November 13, 2010
    wahh,i'm finally home!haha.cuti sem selama 7 minggu.seriously,aku akan rindu uitm,but biarlah,x payah fikir tu,patutnya kita have fun la kan?haha xD raya haji dah dekat,lagi 4 hari,tapi aku x jadi balik kampung sebabnya nenek aku plak yang nak datang kat sini,so,ramai la kot mak2 and ayah2 sedara yang akan datang ke rumah aku!seronok!tapi for sure xkan seronok macam suasana kat kampung.dapat tidur rumah kazen,dapat tengok org sembelih lembu etc etc.hehe.ouh ye,pagi tadi,parents aku tanya aku tentang final exam,aku ckp okay je,cuma physics susah!so dari situ aku pun borak la pasal physics dengan abah.borak punya borak,baru la aku tahu,dia dulu pernah pegang jawatan president persatuan fizik kat UKM sepanjang dua tahun dia belajar kat sana.aku macam.huh?biar betul?wahhh,hebat nya.rupa-rupanya apa yang aku ada sekarang ni kecil je lagi kalau nak bandingkan dengan pencapaian abah.macam mana ngan cita-cita aku nak kalahkan ayah aku ni?haha.xpe2.aku tetap aku berusaha!untuk capai cita-cita aku.haha.btw,abah dah lama demam,dah dekat satu minggu.paksu pun sama.haiz.kesian diorg :( aku belajar something yang baru,kerja,boss,etc xkan ambil berat pasal kita kalau kita sakit,family and friends will!:)ehe,so selalu la keep in touch,jangan la sibuk sangat dengan urusan dunia ni.ceeh.sama juga macam aku.macam cita-cita aku.nak kerja offshore kan.zaman bujang boleh la,but bila dah berfamily.priority mesti akan tukar.family comes first kan kan you?haha.outttt!

    before csc's exam!

    Monday, November 8, 2010
    ya allah,sejuk gila pagi ni!x pernah lagi subuh aku sejuk macam ni!huhu.xpe2,sabar!btwww,i miss her!:(who?haha.someone yg amat penting dalam hidup aku,bak kata dia,paramount! ^^i can see that she's trying her best..don't worry,i am too :) because when i said those words,i really meant it.

    p.s - paper csc in less than 2 hours,then lepas ni my last paper for this sem,kimia!friends,please pray for me!:)

    campur2

    Tuesday, November 2, 2010
    pagi yang amat amat sejuk!semalam hujan x berhenti,ditambah pula dengan perasaan sedih yang tiba2 je datang.huhu.maybe aku teringat pada dia.rasa kesian.aku x boleh nak lari daripada perasaan tu,tulah,sorang dari kawan aku pernah ckp,kelemahan aku,aku ni care too much.tapi walau apa pun,at the same time aku still rasa kecewa dengan dia,rasa marah.err,but i feel much better today compared to last night.

    lusa exam physics,aku betul2 takut :( i need some motivations.xde orang pun bagi aku semangat or pape,cuma diorg cakap,kau xpe,dah pandai.what the?nervous dalam hati ni aku je taw ><.tiap kali aku tengok soalan physics,mesti aku rasa macam x pernah belajar langsung!haiz,ye aku ada rasa nak give up,tapi bila fikir balik,aku xnak nanti bila aku dah besar,aku hidup dengan cursing diri aku sendiri.aku nak pilih jalan yg aku xkan menyesal bila dah tua nanti.so,i will do my best,tengok la kau physics,kau cabar aku ek,okay i'm in,i'll give my all to beat you! >.<

    lastly,exam aku akan habis pada 11 nov,minggu depan.woo,x sabar!aku x sabar nak balik!macam2 aku nak buat dan ramai orang aku nak jumpa.aku rindukan semua kawan2 aku,termasuk la aiman.haha.rindu zaman persekolahan!rindu waktu tuition bervisi dulu!dulu lain,sekarang lain..sepanjang aku kat uitm ni,aku x sure boleh cakap aku dah jumpa kawan yg kacip ngan aku atau x.ye,memang diorg semua banyak buat aku happy,banyak kenal benda baru,banyak buat macam2 bersama,but still,arghh,you know what i mean la,haha.okay,thats all kot,nanti lepas exam aku tulis lagi,bye blog!

    ..

    Thursday, September 30, 2010
    totally sad from yesterday..been ages since i had this feeling..i hate this..:(

    Tuhanku

    Thursday, September 9, 2010
    syahdu..penuh makna..tiap kali ak dgr mesti rasa tenang..


    Wahai Tuhan,
    Aku tak layak masuk syurgamu,
    Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

    Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
    Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

    Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
    Dengan rahmatmu ampunkan daku m
    Oh Tuhanku

    Wahai tuhan,
    Selamatkan kami ini,
    Dari segala kejahatan dan kecelakaan

    Kami takut kami harap kepadamu,
    Suburkanlah cinta kami kepadamu,
    Kamilah hamba yang berharap belas darimu

    Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
    walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
    fahabli taubatan waghfir dzunuubi
    fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

    Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
    fahablii taubatan yaa dzaljalaali
    wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
    wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

    Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
    muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
    fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
    wa in tadrud faman narjuu siwak

    ya Tuhan.Hanya Engkau Maha Pengampun semua dosa kecil dan besar.terimalah taubatku.amin..

    speech

    Sunday, September 5, 2010
    Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It is a very mean and nasty place and it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard you hit; it's about how hard you can get hit, and keep moving forward. How much you can take, and keep moving forward. That's how winning is done. Now, if you know what you're worth, then go out and get what you're worth. But you gotta be willing to take the hit, and not pointing fingers saying you ain't where you are because of him, or her, or anybody. Cowards do that and that ain't you. You're better than that!

    p.s

    it is okay to rest,just don't quit :)

    x.x

    semalam,tiba2 aku rasa sayu,teringat kat arwah atok.sekelip mata je,dah 2 tahun arwah dah xde.biasanya time raya,mesti aku dgn adik2 belikan baju kemeja ntk arwah,rindu sgt.hurm.aku xtw kenapa tapi perasaan aku selalu berubah ubah.tapi kan,kwn2 aku selalu ckp,kenapa ekspresi muka aku ni mcm xde perasaan langsung?and pernah ada sorang ni tanya aku,kenapa aku ni macam xde masalah langsung,nmpak carefree and amek mudah je.huhu.aku pun xtw kenapa.tapi aku x suka tnjuk perasaan aku yg negatif sama ada aku marah,sedih,kecewa,takut or pape pun.aku lebih suka berlagak mcm xde pape.tapi aku x tnjuk bkn bermakna aku x rasa.aku pun ada perasaan.kadang2 aku pun ada rasa kecil hati,ada rasa nak dihargai,disayangi,dll.hurm.


    okay,enough of that,now aku ada kt rumah.petang semalam tanya abah,"abah,bila na balik kampung?""hari selasa".yayy.x saba nak berkumpul ramai2 dan bergalak2 xD.mengenai baju raya pula,tahun ni aku cuma sempat beli 4 helai baju dan sehelai seluar.huhu.tapi serious cakap,aku actually malas nak beli baju raya tahun ni.huhu.cuma semalam teman umi ngan adik shopping jadi alang-alang dah keluar aku pun beli la yang mana berkenan.mostly aku beli t-shirt bercollar sebab boleh bwk pergi kelas nanti.ermm,jadi tahun ni dah masuk tahun ke dua ak beraya tanpa arwah atok.masih terasa kelainan.papepun,aku harap arwah atok berada dalam golongan orang2 yang beriman di sana.insyallah.amin.


    lastly,about my love story pula,aku bahagia.perasaan tu x pnh berkurang,makin hari makin bertambah.tapi aku takut.macam sekarang,aku rasa mcm aku dah lari,dah jadi lain,macam aku je yang lebih beria ia.so from now on,i will changed,i will be like how i used to be before,aku cuma akan go with the flow.insyallah harap2 jodoh berpanjangan,sesungguhnya aku ikhlas dalam hubungan ini.

    dreams

    Sunday, August 15, 2010
    mesti ramai orang yang ada cita-cita kan?lagi-lagi waktu kecil,cita-cita bukan main hebat,yela,nak jadi doktor la,bomba la,etc etc.aku pun mcm tu dulu,huhu.then bila dah makin besar,aku pun dah jumpa cita-cita atau impian aku yang sebenar.waktu form 4,aku sedar actually apa yang aku nak,atau cita-cita aku.form 4,awalkah?weh rileks la dulu,waktu form 4 untuk orang main2 la,honeymoon,kenapa serius sangat?haha.well itu yg membezakan kita kot.aku tw bukan senang nak hidup.and aku nak parents aku proud dengan hidup aku.aku nak jadi contoh pada adik2 dan cousin2 aku.and and,aku nak bagi future wife aku hidup baik.hehe.okay back to cita-cita.waktu form 4,aku selalu lurking kat forum.cari forum and lowyat.kat situ aku baca macam2 benda pasal kerjaya and pelajaran.dan kat situ juga la aku jatuh cinta pada chemical engineering.hehe.kat situ aku tengok otai-otai chemical engineers discuss pasal life diorg kat oil rig.amat menyeronokan!diorg dah macam grease monkey dah.haha.apa yang aku aim,aku nak graduate as chemical engineer and kerja di salah satu oil&gas company di mana background company itu mostly are chemical based.dan aku nak kerja offshore!haha.ramai orang cakap cita-cita aku tinggi sangat.haha.yela,nak dapat job ni mau dekat 4-5 kali interviews.huhu.but i know i can do it.sebab aku ada semangat aku.family aku dan kawan2 aku.:)alhamdulillah aku semakin hampir dengan cita-cita aku,lepas spm,aku dapat tawaran to pursue my study in diploma in chemical engineering at UiTM:)gembira tak terkata,aku sanggup bekorban tak pilih asasi untuk cita-cita aku ni.walaupun bidang ini amat amat though,tapi aku janji aku akan buat yang terbaik.afterall,kawan2 aku yang lain pun mesti tengah struggle untuk fulfill their dreams too right?qayyum,pg,arif,asyraf,aiman,alvin,hisyam,aida,bakis,uyuun,tasneem,amira,iman,hidayah dan the rest.jadi bila fikir tu,aku akan lupa semua problem aku,rasa nak give up aku tu and akan lagi bersemangat nak belajar.see friends,walaupun korang jauh,tapi korang tetap beri semangat kat aku tiap2 masa,thanks kawan-kawan :)so aku rasa sampai sini je kot,sebab aku ada kelas jap lagi so dah kena bersiap.haha.and one more thing,relationship aku yang paling latest,hancur lepas 3 tahun.aku xtw kenapa,tapi sampai sekarang aku x jumpa lagi dengan orang yang hargai aku betul-betul.mungkin ada juga silap aku.jadi aku berazam untuk jadi a better man dari hari ke hari.and aku harap,satu hari nanti aku akan jumpa seseorang yang betul-betul hargai aku sebagai mana aku hargai dia.buat masa sekarang,cukupla aku jadi kepunyaan kawan-kawan aku :) assalamualaikum.

    puasa

    Wednesday, August 11, 2010
    hari ni first time ak berpuasa tanpa keluarga.terasa jgk lain.tapi bolehla.petang tadi ak pergi bazar dgn ikhwan.naek moto dia.huhu.malangnya,waktu kteorg smpai,mknan da byk abes.tu la,kol 6.30 baru na gerak gi bazar,haha.so last2,kteorg beli nasi putih+telur masin+sup daging.sup daging tu mmg best!haha.so alhamdulillah brjaya lalui hari pertama puasa ni.harap2 ak dpt lalui duagaan ntuk hari2 seterusnya plak.nanti ada masa ak update lagi blog,cakap pasal course yg ak tgh amek ni,dan cita2 ak,chemical engineering.

    intro

    Saturday, August 7, 2010
    introduction aku simple je
    nama:fawwaz afiq
    dob:9 dec 1992
    belajar:kejuruteraan kimia @ UiTM Kampus Dungun
    roommate:ikhwan,ifwat,afiq

    tujuan aku menulis blog ini adalah untuk berkongsi tentang kisah hidup yang telah aku lalui bersama kawan2 aku
    so
    enjoy reading. :)